Monday 19 September 2011

Pakej Perniagaan Twisto Pocket & Twisto Rangup

Twisto.my

Mahukah Anda Menceburi Bidang Perniagaan Makanan Segera yang Kini Menjadi Fenomena di Seluruh Dunia?

Memperkenalkan...

Pakej Perniagaan Twisto




Hidangan makanan segera dari Mexico & Perancis yang benar-benar bersifat Antarabangsa Kini ditampilkan dengan citarasa Malaysia. Ia boleh dijadikan snek atau pemanis mulut dan boleh dinikmati pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja tidak kira golongan tua mahupun muda!


Twisto Rangup

Twisto Rangup boleh dikategorikan sebagai makanan segera berbentuk seperti pancake tetapi lebih nipis dan rangup. Bahan inti Twisto Rangup terdiri daripada perisa Vanilla, Oren, Apple, Coklat, Pandan, Strawberry dan Blueberry. Manakala terdapat juga tambahan bahan-bahan inti yang manis terdiri daripada kekacang, mentega, madu dan kepingan pisang, atau madu dan ais krim dan ada juga yang ditambah krim untuk memberikan rasa yang lebih lemak.

Twisto Rangup adalah olahan daripada "Crepe" yang berasal dari Perancis. Twisto Rangup dilipat seperti bentuk kon ais krim yang leper untuk hidangan. Bungkusan yang menarik untuk membungkus Twisto Rangup turut disediakan.

Twisto Pocket

Twisto Pocket pada asalnya adalah makanan orang Mexico. Ia boleh di kategorikan sebagai makanan segera. Ia terdiri daripada bahan inti seperti ketulaan ayam berempah, sayuran dan sos istimewa yang digulung dalam roti istimewa. Pelbagai jenis bahan inti boleh diubah suai mengikut selera masing-masing. Kelazatan Twisto Pocket sangat bergantung kepada bahan inti dan juga adunan roti istimewa serta sos yang digunakan.

Satu hidangan makanan segera yang lengkap kerana ia mengandungi sumber karbohidrat daripada roti Twisto Pocket, sumber protein daripada ayam, vitamin dan fiber daripada sayuran! Bahan inti juga boleh dipelbagaikan seperti daging cincang, kepingan daging atau ayam/ daging rendang yang bersesuaian dengan selera tempatan.

Pelbagai jenis sayuran juga sesuai ditambah seperti lobak merah, kobis yang diparut kasarserta sayur campur. Sos cili pula boleh digantikan dengan sos BBQ, sos masam manisdan sebagainya. Memang sesuai untuk masyarakat Malaysia!


Penyediaan Twisto adalah Semudah 1-2-3!


Disediakan melalui 3 cara mudah iaitu: Masak, Gulung dan Hidangkan! Sesuai untuk dimakan segera atau dibawa pulang. Aroma yang melazatkan semasa dimasak pasti membuatkan sesiapa sahaja akan terasa lapar dan ingin menikmatinya segera!

Rakan Niaga Diperlukan Seluruh Malaysia!

Tanpa Yuran Francais, Tanpa Bayaran Royalti,
Tanpa Caj Tersembunyi,
Keuntungan 100% Milik Anda..

Kini Pakej Perniagaan Twisto ditawarkan dengan konsep mudah-alih untuk kemudahan anda. Tukarkan ruang niaga seminima 1.5 meter x 1.5 meter kepada sumber pendapatan lumayan sekarang juga! Twisto sesuai untuk diniagakan di tempat-tempat berikut:

-Pasar Malam, Bazar, Karnival, Ekspo
-Pusat Beli-Belah
-Kafeteria
-Restoran
-Pusat perangingan
dan juga tempat tumpuan ramai

Pakej Perniagaan Twisto ini merangkumi Kiosk, Dapur Khas, Tepung, Pelbagai Jenis Perisa, Pembungkusan Produk, Latihan, Sokongan, Perkhidmatan Selepas Jualan dan Alatan-alatan khas yang lain.

Selain menawarkan produk makanan yang unik, Pakej Perniagaan Twisto juga menawarkan pelbagai kelebihan termasuk:

- Tiada Bayaran Francais, Royalti @ Caj Tersembunyi untuk selama-lamanya bagi memastikan  keuntungan penuh milik Rakan Niaga. Hanya satu kali pembayaran sahaja diperlukan untuk memiliki Pakej Perniagaan Twisto ini.

- Mudah-Alih & Fleksibel. Perniagaan Twisto yang berkonsepkan mudah-alih dan flesibel ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuk pasar malam, ekspo, bazar, karnival, hadapan sekolah, pusat beli-belah, bazar dan di majlis-majlis khas. Paling menarik, setelah selesai berniaga kesemua peralatan boleh dimuatkan sekaligus dalam kenderaan anda!

- Konsep Makanan Inovatif yang membezakan Twisto daripada makanan segera yang lain. Para pelanggan sudah tentunya akan tercari-cari sesuatu yang berbeza lagi sedap.

- Pelbagai Menu Pilihan merupakan sebahagian strategi perniagaan kami memandangkan kami sentiasa memperkenalkan perisa-perisa baru dan menarik membolehkan perniagaan anda sentiasa berada di hadapan.

- Ruang Niaga Minima. Perniagaan Twisto ini hanya memerlukan ruang niaga sekecil 1.5 meter x 1.5 meter sahaja.

- Potensi Keuntungan Maksimum. Produk Twisto mampu memberikan anda segala yang diperlukan untuk mencapai potensi keuntungan maksimum. Dengan menu pilihan yang pelbagai menjanjikan suatu kelainan kepada pelanggan disamping harga yang ditawarkan amat berpatutan.

- Keperluan Tenaga Kerja Minimum. Hanya 1-2 pekerja diperlukan yang dapat menyumbang kepada kos pengendalian perniagaan yang rendah membolehkan anda dapat mengaut keuntungan yang lebih tinggi.


Sila layari laman web: www.Twisto.my

No comments: